Jumaat, 30 Julai 2021

Pengenalan Berkenaan EKSA



 APA ITU EKSA?

EKSA adalah penjenamaan semula Amalan 5S sektor awam yang diperkenalkan mulai Januari 2014 dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.Langkah penjenamaan semula ini adalah sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.


AMALAN 5S DALAM SEKTOR AWAM

- Kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, tersusun dan selamat.

- Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

- Pelaksanaan Amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja selain memberi nilai tambah kepada imej organisasi

- Satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi

- EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

Penjenamaan Semula Amalan 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010.Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu: Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.



Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S 

A. Meningkatkan Imej Korporat.

B. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.

C. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

D. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.

E. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.






Jawatankuasa Zon MS Manjung