Memaparkan catatan dengan label Jawatankuasa Latihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jawatankuasa Latihan. Papar semua catatan

Jumaat, 30 Julai 2021

Pengenalan Berkenaan EKSA



 APA ITU EKSA?

EKSA adalah penjenamaan semula Amalan 5S sektor awam yang diperkenalkan mulai Januari 2014 dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.Langkah penjenamaan semula ini adalah sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.


AMALAN 5S DALAM SEKTOR AWAM

- Kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, tersusun dan selamat.

- Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

- Pelaksanaan Amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja selain memberi nilai tambah kepada imej organisasi

- Satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi

- EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

Penjenamaan Semula Amalan 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010.Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu: Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.



Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S 

A. Meningkatkan Imej Korporat.

B. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.

C. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

D. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.

E. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.






Khamis, 29 Julai 2021

Pelaksanaan EKSA

 


PELAKSANAAN EKSA

EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:

1. Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan menetapkan pelan tindakan pelaksanaan yang jelas;

2. Mewujudkan sektor/zon kerja;

3. Mengadakan program latihan; dan

4. Mengadakan pelancaran EKSA jabatan/agensi






LANGKAH 1: PEWUJUDAN JAWATANKUASA

 EKSA DENGAN PERANAN YANG JELAS


Penasihat dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA

- Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA;

- Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;

- Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan;

- Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan;

- Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator;

- Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan;

- Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan

- Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.


Fasilitator

- Memberikan latihan dan panduan kepada ketua zon dan ahli;

- Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan;

- Menentukan pembahagian zon;

- Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana; dan

- Menyelaras dan memantau aktiviti.


Penyelaras / Ketua Zon

- Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA;

- Menyelaras program EKSA;

- Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA;

- Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit;

- Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi

- Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli–ahli kumpulan;

- Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA;

- Merancang aktiviti kumpulan;

- Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator dan kumpulan


Jawatankuasa Promosi

- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA;

- Mengenal pasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA;

- Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan; dan

- Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga jabatan/agensi.


Jawatankuasa Audit

- Menyediakan kriteria audit dalam EKSA;

- Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA;

- Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA; dan

- Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan


Jawatankuasa Latihan

- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi;

- Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA; dan

- Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.


Ahli-Ahli

- Memberikan komitmen secara berterusan dalam pelaksanaan EKSA;

- Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;

- Bekerjasama dalam kumpulan; dan

- Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan EKSA




LANGKAH 2 : MEWUJUDKAN ZON EKSA


i. Mewujudkan kawasan tanggungjawab kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan pengawasan EKSA.

ii. Pembahagian sektor/zon hendaklah dijelaskan melalui pelan lokasi sektor/zon bagi memudahkan rujukan.

iii. Faktor yang perlu diambil kira dalam pembahagian sektor/zon adalah seperti yang berikut:

- susun atur keseluruhan sektor/zon dan pembahagian kepada sektor/zon kecil hendaklah bersesuaian mengikut fungsi dan saiz organisasi (dicadangkan jumlah sektor/zon tidak terlalu banyak) bagi memudahkan penyelarasan dan pemantauan yang lebih sistematik dilaksanakan.

- menentukan nama kumpulan untuk setiap sektor/zon dan jumlah keahlian kumpulan bagi setiap sektor/zon;

- mewujudkan sudut EKSA dengan mempamerkan struktur kumpulan dan sektor/zon dengan mengambil kira hala tuju EKSA di jabatan/agensi; dan

- sektor/zon di sesebuah jabatan/agensi haruslah berdasarkan aras/tingkat atau yang mana bersesuaian.




LANGKAH 3 : LATIHAN

Tujuan latihan EKSA adalah untuk mendalami pengetahuan berkaitan EKSA di samping membudayakan EKSA dalam kalangan warga jabatan/agensi.




LANGKAH 4 : PELANCARAN EKSA


i. Pelancaran dan perasmian EKSA boleh diadakan sebagai tanda mula program ini di samping menyampaikan hasrat dan sokongan pengurusan bagi melaksanakan EKSA dalam jabatan/agensi.

ii. Pihak pengurusan perlu terlibat secara langsung dan memberi komitmen serta sokongan padu kepada pelaksanaan EKSA melalui penetapan sasaran yang ingin dicapai, dasar dan objektif EKSA di samping menentukan matlamat setiap langkah pelaksanaan.

iii. Antara perkara yang perlu diberikan penekanan semasa pelancaran EKSA adalah seperti yang berikut:

- Dasar EKSA;

- Zon EKSA;

- Objektif EKSA;

- Pelan tindakan pelaksanaan EKSA; dan

- Buku panduan pelaksanaan EKSA

Rabu, 28 Julai 2021

Polisi, Objektif, Logo Rasmi & Moto; EKSA JKSPk

 

POLISI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK



OBJEKTIF AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK




LOGO RASMI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK




MAKSUD WARNA DAN CORAK


Dua Orbit Berwarna Ungu Tua Bersentuhan Dan Ungu Muda 

Melambangkan keunggulan serta kerjasama, toleransi diantara dua unit yang utuh iaitu pentadbiran dan kehakiman di jabatan ini.

Biru Air 

Adalah lambang ketenangan dan semulajadi serta kewibawaan peribadi dalam menjalankan tugas.

Merah Tulisan EKSA 

Adalah lambang keberanian jabatan menyahut cabaran anjakan paradigma dalam merialisasikan EKSA.

Hijau Dedaun 

Adalah kepekaan, kemurniaan dan kedamaian dalam persekitaran.

Kuning 

Adalah warna diraja serta yang keriatif dan inovatif. Hitam lambang kecekalan dan kekuatan Jabatan ini mengaplikasi dan menerajui apa jua cabaran.



MOTO : PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF

1. Takrif perkataan;

: Persekitaran - Halaman, sekeliling atau suasana sesuatu tempat.

: Kondusif - Selesa, tenang, tenteram dan harmoni.

: Inovasi - Perihal sesuatu teknologi bagi menghasilkan output.

: Produktif - Perihal sesuatu hasil yang lumayan dan maksimum.


2. Huraian moto;

EKSA adalah suatu amalan yang dibudayakan dalam sesebuah organisasi bagi menghasilkan persekitaran yang selesa dan tenteram.

Apabila wujud suasana tenteram dalam dalam sesebuah organisasi maka produktiviti outputnya akan bertambah dan berkualiti.

Jawatankuasa Zon MS Manjung