Rabu, 1 September 2021

Gotong Royong Perdana (Big Cleaning Day)

 

Mengemaskini papan tanda unit di ruang kerja

Menukar light bulb yang rosak

Menukar lampu kalimantang yang rosak

Memeriksa starter secara berkala

Selasa, 31 Ogos 2021

Audit Dalaman EKSA JKSPk Bil 1/2021; adakah kita telah bersedia?



Pelaksanaan Audit Dalaman EKSA JKSPk kali ini akan dikendalikan dan dilakukan secara Do-It-Yourself (DIY) bermula 1 haribulan September 2021 sehingga 3 haribulan September 2021. 

Kaedah ini dipilih bersesuaian norma baharu berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda negara dan kini dalam fasa Pelan Pemulihan Negara Fasa 2.

Zon Mahkamah Syariah Manjung akan diaudit dan kami mengucapkan selamat datang secara dalam talian (Online) diucapkan kepada Encik Ahmad Tamimi Bin Haji Mustafa (Auditor).😉😉😉




Jumaat, 30 Julai 2021

Pengenalan Berkenaan EKSA



 APA ITU EKSA?

EKSA adalah penjenamaan semula Amalan 5S sektor awam yang diperkenalkan mulai Januari 2014 dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.Langkah penjenamaan semula ini adalah sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.


AMALAN 5S DALAM SEKTOR AWAM

- Kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang bersih, kemas, tersusun dan selamat.

- Amalan EKSA bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal.

- Pelaksanaan Amalan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja selain memberi nilai tambah kepada imej organisasi

- Satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran kerja yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi

- EKSA berupaya memperkukuhkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan/Agensi berasaskan Standard MS ISO 9000, khususnya dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja

Penjenamaan Semula Amalan 5S

EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor awam sejak tahun 2010.Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambah baik di samping penambahan beberapa elemen baharu.EKSA bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong pewujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S ditambah baik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu: Imej Korporat, Kreativiti dan Inovasi, Amalan Hijau, Persekitaran Kondusif dan Kepelbagaian Agensi.



Objektif utama penjenamaan semula Amalan 5S 

A. Meningkatkan Imej Korporat.

B. Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan.

C. Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.

D. Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif.

E. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi kerajaan.






Khamis, 29 Julai 2021

Pelaksanaan EKSA

 


PELAKSANAAN EKSA

EKSA dapat dilaksanakan secara tersusun melalui pewujudan tadbir urus dan tindakan pengurusan yang mantap merangkumi perkara-perkara seperti yang berikut:

1. Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana EKSA dan menetapkan pelan tindakan pelaksanaan yang jelas;

2. Mewujudkan sektor/zon kerja;

3. Mengadakan program latihan; dan

4. Mengadakan pelancaran EKSA jabatan/agensi






LANGKAH 1: PEWUJUDAN JAWATANKUASA

 EKSA DENGAN PERANAN YANG JELAS


Penasihat dan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA

- Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA;

- Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;

- Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan;

- Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan;

- Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator;

- Menetapkan sistem pengiktirafan/penghargaan;

- Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan

- Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.


Fasilitator

- Memberikan latihan dan panduan kepada ketua zon dan ahli;

- Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan;

- Menentukan pembahagian zon;

- Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana; dan

- Menyelaras dan memantau aktiviti.


Penyelaras / Ketua Zon

- Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan EKSA;

- Menyelaras program EKSA;

- Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA;

- Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit;

- Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi

- Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli–ahli kumpulan;

- Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA;

- Merancang aktiviti kumpulan;

- Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator dan kumpulan


Jawatankuasa Promosi

- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA;

- Mengenal pasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA;

- Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan; dan

- Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga jabatan/agensi.


Jawatankuasa Audit

- Menyediakan kriteria audit dalam EKSA;

- Menentukan kekerapan aktiviti audit dalam EKSA;

- Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit dalam EKSA; dan

- Menyemak kriteria audit dalam EKSA dari semasa ke semasa mengikut keperluan


Jawatankuasa Latihan

- Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti latihan bagi memupuk budaya EKSA kepada semua warga kerja dalam organisasi;

- Mengenal pasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA; dan

- Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan EKSA secukupnya.


Ahli-Ahli

- Memberikan komitmen secara berterusan dalam pelaksanaan EKSA;

- Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;

- Bekerjasama dalam kumpulan; dan

- Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan EKSA




LANGKAH 2 : MEWUJUDKAN ZON EKSA


i. Mewujudkan kawasan tanggungjawab kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan pengawasan EKSA.

ii. Pembahagian sektor/zon hendaklah dijelaskan melalui pelan lokasi sektor/zon bagi memudahkan rujukan.

iii. Faktor yang perlu diambil kira dalam pembahagian sektor/zon adalah seperti yang berikut:

- susun atur keseluruhan sektor/zon dan pembahagian kepada sektor/zon kecil hendaklah bersesuaian mengikut fungsi dan saiz organisasi (dicadangkan jumlah sektor/zon tidak terlalu banyak) bagi memudahkan penyelarasan dan pemantauan yang lebih sistematik dilaksanakan.

- menentukan nama kumpulan untuk setiap sektor/zon dan jumlah keahlian kumpulan bagi setiap sektor/zon;

- mewujudkan sudut EKSA dengan mempamerkan struktur kumpulan dan sektor/zon dengan mengambil kira hala tuju EKSA di jabatan/agensi; dan

- sektor/zon di sesebuah jabatan/agensi haruslah berdasarkan aras/tingkat atau yang mana bersesuaian.




LANGKAH 3 : LATIHAN

Tujuan latihan EKSA adalah untuk mendalami pengetahuan berkaitan EKSA di samping membudayakan EKSA dalam kalangan warga jabatan/agensi.




LANGKAH 4 : PELANCARAN EKSA


i. Pelancaran dan perasmian EKSA boleh diadakan sebagai tanda mula program ini di samping menyampaikan hasrat dan sokongan pengurusan bagi melaksanakan EKSA dalam jabatan/agensi.

ii. Pihak pengurusan perlu terlibat secara langsung dan memberi komitmen serta sokongan padu kepada pelaksanaan EKSA melalui penetapan sasaran yang ingin dicapai, dasar dan objektif EKSA di samping menentukan matlamat setiap langkah pelaksanaan.

iii. Antara perkara yang perlu diberikan penekanan semasa pelancaran EKSA adalah seperti yang berikut:

- Dasar EKSA;

- Zon EKSA;

- Objektif EKSA;

- Pelan tindakan pelaksanaan EKSA; dan

- Buku panduan pelaksanaan EKSA

Rabu, 28 Julai 2021

Polisi, Objektif, Logo Rasmi & Moto; EKSA JKSPk

 

POLISI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK



OBJEKTIF AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK




LOGO RASMI AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 

EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK




MAKSUD WARNA DAN CORAK


Dua Orbit Berwarna Ungu Tua Bersentuhan Dan Ungu Muda 

Melambangkan keunggulan serta kerjasama, toleransi diantara dua unit yang utuh iaitu pentadbiran dan kehakiman di jabatan ini.

Biru Air 

Adalah lambang ketenangan dan semulajadi serta kewibawaan peribadi dalam menjalankan tugas.

Merah Tulisan EKSA 

Adalah lambang keberanian jabatan menyahut cabaran anjakan paradigma dalam merialisasikan EKSA.

Hijau Dedaun 

Adalah kepekaan, kemurniaan dan kedamaian dalam persekitaran.

Kuning 

Adalah warna diraja serta yang keriatif dan inovatif. Hitam lambang kecekalan dan kekuatan Jabatan ini mengaplikasi dan menerajui apa jua cabaran.



MOTO : PERSEKITARAN KONDUSIF INOVASI PRODUKTIF

1. Takrif perkataan;

: Persekitaran - Halaman, sekeliling atau suasana sesuatu tempat.

: Kondusif - Selesa, tenang, tenteram dan harmoni.

: Inovasi - Perihal sesuatu teknologi bagi menghasilkan output.

: Produktif - Perihal sesuatu hasil yang lumayan dan maksimum.


2. Huraian moto;

EKSA adalah suatu amalan yang dibudayakan dalam sesebuah organisasi bagi menghasilkan persekitaran yang selesa dan tenteram.

Apabila wujud suasana tenteram dalam dalam sesebuah organisasi maka produktiviti outputnya akan bertambah dan berkualiti.

Selasa, 27 Julai 2021

Auditan EKSA

 

    GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN

       AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

       BAHAGIAN E: KAWASAN PERSEKITARAN JABATAN


Tempat Meletak Kenderaan (Bangunan Agensi di Kawasan Sendiri)

1. Menyediakan tempat meletak kenderaan yang sesuai untuk pekerja, pelawat dan OKU.

2. Pakir OKU mestilah berhampiran dengan laluan OKU, berserta petunjuk arah OKU yang jelas.

3. Menyediakan tanda/ garisan yang jelas antara lot-lot pakir yang disediakan.

4. Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas.

5. Memastikan semua kenderaan dipakir secara mengundur.

6. Kawasan persekitaran dalam keadaan baik dan bersih.


Kawasan Persekitaran (Bangunan Agensi di Kawasan Sendiri)

1. Memastikan lampu persekitaran berfungsi dan dalam keadaan baik.

2. Memastikan jalan tidak berlubang dan dalam keadaan baik.

3. Menyediakan sistem tanda arah yang mudah difahami.

4. Memastikan tanaman/ pokok dijaga rapi dan tiada pokok rosak / mati di sekitar kawasan.

5. Memastikan kawasan persekitaran bersih.

6. Menyediakan tong/ bakul sampah bersesuaian dan secukupnya.

7. Memastikan kawasan/ tong pengumpulan sampah.

bersih, tidak berbau dan diuruskan dengan baik.

8. Memastikan pili bomba dalam keadaan baik dan tidak terhalang.

9. Memastikan pondok pengawal dalam keadaan baik dan bersih.

10. Memastikan pintu pagarutama berkadaan baik dan selamat.


Kawasan Persekitaran (Agensi Berkongsi Bangunan/ Kawasan)

1. Menyediakan tunjuk arah laluan pelawat yang jelas.

2. Memastikan kawasan/ tong sampah bersih, tidak berbau dan diurus dengan baik.

3. Memastikan laluan ke pintu masuk tidak terhalang.






GARIS PANDUAN AUDIT DALAMAN

AMALAN EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK

BAHAGIAN F: TEMPAT KHUSUS


1. KAMAR BICARA

a. Memastikan persekitaran kamar bicara bersih, kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memastikan sofa/tempat duduk selesa dan mencukupi.

c. Menyediakan etika semasa berada di dalam kamar bicara.


2. BILIK TAHANAN

a. Memastikan persekitaran bilik tahanan bersih, kemas dan selamat.

b. Memastikan pengudaraan baik dan bilik tahanan tidak berbau.

c. Memastikan semua peralatan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan berfungsi.

d. Memastikan tandas bersih dan selamat


3. RUANG MENUNGGU

a. Menyedia dan memastikan sofa/tempat duduk dan bahan bacaan dalam keadaan bersih, kemas dan ceria/tersusun rapi.

b. Memastikan semua peralatan dan hiasan dalam keadaan bersih, kemas dan selamat.

c. Menyediakan tong sampah yang bersesuaian dan mencukupi.

d. Menyediakan papan kenyataan yang mengandungi informasi yang berkaitan dan dikemaskini/


4. BILIK SAKSI

a. Memastikan persekitaran bilik saksi bersih, kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memaparkan etika dan peraturan bilik saksi.


5. BILIK SULH / RUNDINGCARA

a. Memastikan persekitaran bilik sulh/rundingcara bersih, kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memaparkan etika dan peraturan penggunaan bilik sulh / rundingcara.

c. Memaparkan proses sulh/rundingcara yang jelas untuk dipatuhi.


6. BILIK SEBUTAN

a. Memastikan persekitaran bilik sebutan bersih, kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memaparkan etika dan peraturan penggunaan bilik sebutan.


7. DEWAN BICARA

a. Memastikan persekitaran dewan bicara bersih, kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memaparkan etika dan peraturan penggunaan dewan bicara.

c. Memastikan peralatan dan kemudahan ICT/siaraya dalam dewan bicara berfungsi dengan baik dan diselenggara.


8. BILIK PEGUAM / PENDAKWA

a. Memastikan persekitaran bilik peguam / pendakwa kemas dan selamat.

b. Menyedia dan memaparkan etika dan peraturan penggunaan bilik peguam / pendakwa.

c. Memastikan semua peralatan yang disediakan berada dalam keadaan baik dan boleh berfungsi.


9. BILIK PERBINCANGAN

a) Memastikan persekitaran bilik peguam / pendakwa kemas dan selamat.

b) Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keadaan baik dan terkini.


10. DEWAN BANKUET

a. Memastikan persekitaran bilik bersih, kemas dan selamat.

b. Memastikan peralatan disusun dengan kemas danberada dalam keadaan baik.

c. Memastikan maklumat yang dipaparkan dalam keaaan baik dan terkini.

d. Memastikan senarai asset alih kerajaan (Kew.PA 7) dipaparkan.


11. BILIK JAMUAN

a) Memastikan persekitaran bilik bersih, tidak bersawang kemas dan selamat.

b) Memastikan susunan perabot kemas dan teratur.


12. PARKIR BERBUMBUNG

a. Memastikan persekitaran bersih, kemas dan selamat.

b. Memastikan petak tempat letak kenderaan disediakan dan dilabelkan.


13. PREMIS PERNIAGAAN/BAKMAS

a. Memastikan persekitaran bersih, kemas dan selamat.


14. LANDSKAP

a. Memastikan kawasan padang/landskap bersih dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan.

b. Memastikan rumput di kawasan padang/landskap diselenggara.

Jawatankuasa Zon MS Manjung